Sep 22, 2013

Diet Atkins Day 4

Breakfast: Telur Dadar + Salad Ayam

Telur Dadar

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 sosej ayamas*
4-5 ekor udang*
Parsley sikit*
Garlic salt

Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, dadarkan
2. Potong-potongkan sosej
3. Potong seaweed panjang.
4. Masukan bahan bertanda * ke dalam telur dan rasakan dengan garlic salt
5. Goreng guna kuali non-stick, buat macam telur dadar biasa

Salad Ayam

Bahan-bahan:
Salad
Ayam dada
Black pepper
Garlic salt
Serbuk parsley
Olive oil
Tomato
Sandwich spread kewpie

Cara-cara:
1. Potong salad dan tomato kecik2 ikut suka nak mkn mcm mana.
2. Potong ayam panjang2. Perap dengan olive oil + black pepper + garlic salt + parsley. Perap dlm 5-10 minit.
3. Goreng tanpa minyak dalam kuali non-stick smpi ayam masak.
4. Tuang bahan 3 yg dh siap ke atas salad, then picit skit sandwich spread kewpie.
5. Ready to eat :)

Lunch: Sup Cendawan + Telur


Bahan-bahan:
Udang*
Cendawan tiram*
2 bii telur*
Sawi*
Bawang putih
Bawang merah

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih + bawang merah guna olive oil sampai naik bau.
2. Masukan air 2 gelas.
3. Masukan bahan bertanda * dan masak dalam 5 minit.
4. Rasa kan dengan garam.
5. Ready to eat :)

Dinner: Ayam Kunyit



Bahan-bahan:
Ayam tight/drumstik
Serai*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Cili sebatang*
Serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Blend kering bahan2 bertanda *
2. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit (sikit shj nak bg warna) dan bahan yg di blaned td.
3. Goreng ayam guna olive oil.
4. Masukan secawan air
5. Masak ayam sampai air kering.
6. Rasakn dengan garam.

* jangan lupa minum air banyak2 k :)

No comments:

Post a Comment